I made this widget at MyFlashFetish.com.

24 February 2011

ADAKAH PEREMPUAN MUDAH PERNAH JATUH CINTA???

Contoh keadaan 1: Si teruna hari-hari SMS si gadis. Setiap hari bertanya khabar si gadis. Dan lama-kelamaan satu perasaan suka akan timbul dalam hati si gadis tersebut. Keadaan ini biasa berlaku. Walaupun si teruna seakan-akan menunjukkan dia berminat dengan si gadis tetapi hakikatnya TIDAK. Kenapa TIDAK? kerana si teruna hanya mahu berkawan dengan si gadis. Itu niat sebenar si teruna.

Contoh keadaan 2: Si gadis baru putus cinta. Dan si teruna sentiasa ada di sisi si gadis sepanjang tempoh si gadis meratapi perpisahaan. Dan pada masa itu la perasaan sayang akan timbul dalam hati si gadis. Perasaan ini timbul kerana si gadis mahukan kasih sayang selepas putus cinta. Ala. Kira kurang kasih sayang. Suka diambil berat.







Ok. Sebenarnya banyak lagi keadaan yang menyebabkan kaum perempuan mudah jatuh cinta dengan kebaikan yang lelaki berikan. Untuk menepiskan perasaan sayang itu lebih menebal dalam diri elok la berhenti berhubung dengan si teruna untuk seketika. Kalau si teruna itu benar-benar berminat terhadap dirimu, si teruna itu akan menghubungimu semula. Akan mencarimu dengan sedaya upayanya.

Kalau TIDAK, paham-paham sahajalah. Bahawa dirimu ada ataupun tiada, tidak terkesan terhadap si teruna. Jangan la pula si gadis yang terhegeh-hegeh terhadap si teruna. Bertambah rimas si teruna jadinya. Last-last nak jadi kawan pun payah. Jangan tunjuk diri murah sangat terhadap cinta. Be cool.

Selepas berhenti berhubung seketika dengan si teruna, si gadis akan mula perasan yang perasaan sayang dan suka itu telah mula lenyap dari dirinya. Ha! Tu pasal aku cakap hanya satu persinggahan perasaan. Lama-lama si gadis jadi tak heran langsung dengan si teruna tersebut. Dan perasaan sayang itu akan bertukar semula kepada perasaan sayang kepada seorang sahabat. Kerana minda si gadis telah di-setkan bahawa "KAMI HANYA KAWAN BIASA. TIDAK LEBIH DARI ITU".



Walaupun agak perit pada mulanya nak berhenti berhubung seketika dengan si teruna kerana perlu menanggung seBILLION rindu terhadap si teruna, tetapi percayalah hasilnya benar-benar menjadi. Lebih bagus dari memendam perasaan kan.

Apa-apa hal pun berpijak la di bumi yang nyata. Usah dilayan sangat perasaan yang tiada penamatnya itu. Lebih bagus berkawan dahulu. Kenal hati budi masing-masing dengan lebih lama dahulu. Bukannya lelaki tu layan kau baik, kau terus jatuh cinta dengan dia. Bagi aku cinta sejati hanya wujud selepas kau BERKAWAN dengan pasanganmu dalam tempoh yang agak lama.


IT'S ME....(",)

  • Sangat setia dan pemurah, 
  • Bersifat patriotik, 
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, 
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, 
  • Bercita-cita tinggi, 
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, 
  • Seronok didampingi, 
  • Suka bercampur dgn org, 
  • Suka dipuji, 
  • diberi perhatian dan suka dibelai, 
  • Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, 
  • Tidak pandai berpura-pura, 
  • Cepat marah, 
  • Perangai yg berubah-ubah, 
  • Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, 
  • Benci pada kongkongan, 
  • Suka berlawak, 
  • Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik,